Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini sememangnya telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke sebuah generasi. Ini termasuklah adanya pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini dari aliran Silat di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. Di Malaysia sahaja telah wujud beratus-ratus tahun yang lampau dan mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata. Bagi silat yang menggunakan senjata. Senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tanpa menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong(tanpa senjata).

Silat terbahagi kepada silat yang menjurus kepada seni atau bunga dan buah pukul atau kedua-duanya sekali (seni dan buah pukul). Namun begitu kebanyakan jurulatih mengajarkan kedua-duanya sekali. Silat seni seperti silat pulut biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni permainan dan beberapa alasan yang lain.

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan aliranya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lalin-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan dari golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan, banyak ajaran sesat yang terdapat dalam silat. Mengikut cerita orang dulu-dulu, Melayu menang pada peristiwa 13 Mei kerana silat, silat menjadikan seseorang melayu itu berani, kerana mengandungi unsur-unsur mistik dan tahyul. Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian mendalam dilakukan. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jadi diri melayu sedunia.

Diambil dari Wikipedia.
Bacaan lanjutan sila klik sini, sini dan sini.