Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan
Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu:-

1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa
2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi
3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-
orang Asli. ( Animisme )

Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah
berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis
agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke
Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut
dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua
masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara
keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat
betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat
resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan,
kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan
sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat
seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat
sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga
dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang
dikatakan sebagai “Penjaga keluarga.”

Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang
Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang
memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan
Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram,
Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan
Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.

Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti
Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan
sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-
orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam
masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari
segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari
adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.

Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran
perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan
sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian,
sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri,
sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan
yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang
Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli
sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara
beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha
dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah
yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan
Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang
Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.

Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun
telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya
meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka
itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah
sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab
itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci
ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-
mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul
`aqli mereka semata-mata sahaja.

Diambil dari Relexjap

About these ads