Menurut Harry Judge, orang Melayu Campa telah wujud sejak abad ke-2 Masihi. Jika telah ada orang Melayu maka sudah pastilah ada bahasanya. Itulah lojiknya. Namun dari segi bukti sejarah yang lebih konkrit bahan berbahasa Melayu hanya baru terdapat pada abad ke-4 seperti pada prasasti Dong Yen Chau, di Vietnam. Itu pun kalau maklumat daripada Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi benar dan tepat. Oleh itu dari maklumat yang di atas ini bahasa Melayu telah wujud kira-kira 1800 tahun yang lalu.

Selain itu bahasa Melayu pula telah mendapat pengaruh dari luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruh bahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai di Kalimantan Timur yang bertarikh pada 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke-7 mempunyai banyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke-10 dan ke-11 baru mula muncul kedatangan Islam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440H./ 1048M.), Phan~rang, Vietnam 431H./1039M.), Leran, Surabaya (475H./1082M.), dan Pekan, Pahang (419H.).

Kemudian daripada itu datang pula bangsa-bangsa Barat dengan dimulai dari jatuhnya Kota Melaka (1511 M.), kemudian Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mula mengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20 Dunia Melayu mula menjadi negara yang bebas dan merdeka.

Bagi membahagikan zaman-zaman bahasa Melayu saya lebih cenderung menggunakan bahan-bahan bukti serta ciri-ciri tertentu bagi mengkategorikan zaman—zamannya. Saya tidak memakai kaedah yang menonjolkan pengaruh luar atau pengaruh kolonial seperti zaman prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.

Bagi saya katakolonial sangat mengerikan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) colonial bererti penjajah. Dalam kamus The New Collins Intenational Dictionary of the English Language yang ditulis oleh William T. McLeod dan Patrick Hanks (1983), colonial bererti “of characteristic of, relating to, possessing, or inhabiting a colony or colonies”, sedangkan perkataan colonialism bererti: the policy and practice of a power in extending control over weaker peoples or areas. Kamus BBC English Dictionary (1993) mengatakan colonial ialah “relating to countries or to colonialism”. Akhir sekali ialah kamus The New International Webster’s Concise Dictionary of the English Language (1997) menyebutkan bahawa colonial adalah “of possessing, like, or forining and colony or colonies; a citizen or inhabitant of a colony”.

Kalaulah makna kolonial seperti mana yang diterangkan di atas ini, maka dalam sejarah dunia Melayu yang menjadi penjajah adalah orang Barat dan mereka dataug ke Alam Melayu bermula pada 1509 yang dipimpin oleh de Sequira. Dua tahun kemudian baru dataug Afonso de Albuquerque yang menyerang dan menawan kota Melaka.

Pengaruh Barat meresap ke dalam bahasa dan budaya Me1ayu hanya baru nampak jelas dalam abad ke-19 dan abad ke-20. ini bermakna dari abad ke-2M hingga ke abad ke-18M. (kira-kira 1600 tahun lamanya) pengaruh kolonial Barat tidak ada, jauh sekali untuk menonjol. Maka dengan itu sangat mengelirukan kalau sejarah bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman prakolortial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial Orang yang membahagikan zaman­-zaman bahasa Melayu seperti di atas ini memang sengaja cuba menonjolkan kata “kolonial” nya walaupun orang itu menafikannya dan memberikan alasan-alasan yang diada-adakan atau yang mengada­ngada yang apologetik. Bagi menentukan zaman-zaman bahasa Melayu, bahasa Melayunya itu perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama dari sudut kandungan bahasa Melayu itu sendiri seperti kosa katanya, tatabahasanya termasuk fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kedua dari sudut ungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidang seperti dalam bidang-bidang pentadbiran, agama, budaya, dan lain-lain. Ketiga dari hasil-hasil karya sastera, sama ada wujud unsur-unsur luar, atau pengaruh lain dalam bentuk tenjemahan, tiruan, saduran daripada hasil-hasil karya tersebut atau yang lain-lain. Keempat, tulisan-tulisan atau aksara-aksara dan jenis-jenisnya yang dipakai oleh bahasa yang berkenaan, adakah tulisan itu kepunyaan mereka sendiri yang asal atau pinjaman daripada luar. Kelima, dari sudut pengaruh pemikiran, falsafah dan perkembangan intelektualnya dalam tamadun bangsa yang berkenaan. Keenam dari sudut pengaruh penggunaan teknologi yang dataug daripada sesuatu bangsa lain yang wujud dalam budaya, tamadun dan bahasa bangsa yang berkenaan.

Kalau dilihat dari sudut kriteria-kriteria yang tertera di atas bahasa Melayu pada abad ke-18 dan sebelumnya, tidak menampakkan pengaruh daripada penjajah-penjajah Barat atau onang-orang kolonial Barat. Dengan itu memang sangat tidak kena dan tidak tepat apabila dikatakan bahawa zaman-zaman bahasa Melayu dibahagi kepada tiga zaman seperti dinyatakan di atas dengan penekanan atau penonjolan kepada kata “kolonial”. Jika kaedah yang kemudian ini dipakai, iaitu menyebut kata kolonial pada setiap zaman, maka “kolonial”nya akan menjadi terlalu ditonjolkan sedangkan peranannya tidak seberapa, bahkan ada zaman yang tidak ada langsung pengaruh kolonialnya.

Dengan itu bagi membuat pembahagian zaman bahasa Melayu ini, saya lebih cenderung untuk membahagikannya kepada lima zaman sahaja, iaitu:

a. Zaman bahasa Melayu purba.
b. Zaman bahasa Melayu kuno.
c. Zaman bahasa Melayu klasik.
d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dan
e. Zaman bahasa Melayu moden.

Zaman bahasa Melayu Purba

Zaman bahasa Melayu purba terdapat dalam zaman prasejarah. Tidak ada bukti sejarahnya kerana tidak ada rekod bertulis sama ada dalam bentuk prasasti atau yang lain-lain. Dengan itu kita tidak tahu bagaimanakah bentuk bahasa Melayu pada ketika itu.

Zaman Bahasa Melayu Kuno

Zaman ini bermula kira-kira dan abad ke-4 dan berakhir kira-kira pada akhir abad ke- 13 Masihi, iaitu lebih kurang 1000 tahun lamanya. Zaman ini dikira bermula dari abad ke-4 kerana prasasti berbahasa Melayu yang pertama terdapat pada abad ke-4 dan ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Tarikhnya jatuh pada abad ke-4 adalah berdasarkan tulisan Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi. Selain itu ada juga prasasti yang berbentuk Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-5. Tarikh tepatnya ialah 322 Syaka atau 400 Masihi. Tetapi Yupa ini (ada tujuh batang kesemuanya) menggunakan tulisan Pallava dan bahasanya ialah bahasa Sanskrit. Dalam abad ke-5 Masihi juga wujud prasasti yang bertarikh pada 372 Syaka atau 450 Masihi di Tarumanegara, di Jawa Barat. Prasasti berbahasa Melayu yang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8 dan ke-9 Masihi, iaitu dalam zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya dan Malayu.

Antara tempat-tempat yang ditemui prasasti-prasasti ini ialah di Kedukan Bukit (683M.), Telaga Batu (683M), Kota Kapur (686M.), Karang Berahi, Palas Pasemah, Bungkuk, Sabuk Kingking (di Sumatera), Sajamerta, Bukateja, Manjusyrigrha, Dang Pu Hawang Gus, Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi, Gunung Sundoro (di Jawa), Ligor, Wiengsa, Chaiya dan lain-lain di Thailand Selatan; dan Laguna di Manila.

Dalam zaman ini pengaruh Hindu dan Buddha begitu kuat. Kerajaan Sriwijaya dan Syailendra dipengaruhi oleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut di Pulau Jawa adalah buktinya. Sedangkan kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan Singosari dipengaruhi begitu kuat oleh agama Hindu. Buktinya ialah wujudnya candi-candi Hindu seperti di Prambanan dan Lembah Bujang. Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesan hanya melalui prasasti-prasasti yang ada terutama dalam bentuk batu yang dipahat atau logam yang diukir dengan tulisan. Ciri-­ciri dan sifat-sifat khas bahasa Melayu kuno ialah:

a. Tulisan yang dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti benikut:

i. Tulisan Pallava awal.
ii. Tulisan Pallava akhir.
iii. Tulisan Kawi awal.
iv. Tulisan Kawi akhir.
v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman dan juga bahasa dan dialek

b. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan-perkataan dalam laras agama. Contohnya: daiva, sukhasyitta, Brahma, Syiva, Visynu, puasa, dosa, pahala, naraka, sywarga.

c. Fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti v, sy, bh, dh, kh, t gelungan, chh dan lain-lain seperti pada kata-kata paramesyvara, syiva, bhagia, bedha, sukhasyitta, chhuti, dan lain-lain.

d. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit untuk laras pemerintahan dan pentadbiran seperti raja, maharaja, maharani, nagara, laksamana, bendahara, bendahari, seri rama, mahligai dan istana.

e. Morfem-morfem Melayu kuno seperti:

1. in- untuk di- dalam bahasa Melayu moden.
11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.
m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.
iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.

f Fonem-fonem Melayu kuno seperti v untuk b. Contohnya:

nivunuh untuk dibunuh, dan marvuat untuk berbuat.

g. Tidak ada penggunaan tulisan Jawi. Sehingga ke saat ini belum ada bukti tentang adanya orang Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dalam zaman ini.

h. Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab atau Parsi dalam zaman ini yang berakhir pada akhir abad ke-13. Prasasti-prasasti Melayu kuno hanya menggunakan kata-kata Melayu asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), atau kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama (pertama), sarvvasatva (sarwasatwa), dan maharddhika (merdeka).

I. Tidak ada kata-kata pinjaman daripada bahasa kolonial dan Barat.

J. Tidak ada tulisan rumi atau Latin dan Barat yang dipakai oleh orang Melayu ketika itu.

k. Kitab-kitab agama atau falsafah Hindu dan Buddha yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidak kesemuanya diterjemahkan. Bahan yang diterjemahkan hanyalah yang dalam bentuk ceritanya seperti tentang kisah raja-raja dan orang-orang besar, tentang istana, mahligai dan negeri, keluarga raja, anak cucu dan keturunannya. Perkara-­perkara yang berbentuk atau berkaitan dengan falsafah tidak ada yang diterjemahkan. Itu sebabnya kitab falsafah Hindu Bhaghawatgitta tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada masa dahulu.

Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman ini saya kira bermula dan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18 Masihi. Tarikh itu saya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti­-prasasti yang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagai patokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik. Hujah pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh orang Melayu pada masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masa
sebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah (290H); Pekan, Pahang (419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur (475Hj; dan Bandar Seri Begawan, Brunei
(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya.

Kedua, prasasti Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yang
dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa bahasa yang dipakai dalam buku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama dengan bahasa yang terdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut terkarang pada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zaman bahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat kerana
tarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkrit seperti bukti yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqa’id al-Nasafi.

Bahasa Melayu pada zaman klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalam zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkan para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yang tersebar
dari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai ke Banten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yang berselirat di Alam Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayu di pelbagai penjuru kepulauan Melayu dan lain-lain lagi.

Dalam zaman ini juga lahir para ulama saya yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini ialah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin al-Samatra’i
(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud Abdullah al-Fataui; Abdul Samadal­Falimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari, dan lain-lain lagi.

Antara hasil-hasil karya tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab ­Asyikin, Syarab Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al­-Mustaqim, Bustan al-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa’ al-Qulub, Jawahir al-Ulum, Lata’if al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab, Hujjat al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat al­Salikin, Siyar al-SalikiR Sabil al-Muhtadin, Furu’ al-Masa’il, Safinat a?­Najah, Fat al-Rahman dan beratus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang, Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun di Makkah dan Madinah.

Dalam zaman ini datanglah orang-orang Barat – Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris. Mereka telah membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selain untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan rempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Anton oleh Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayu ialah Belanda. Pada abad ke- 18 mereka ini telah berjaya
menguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon, Batavia (Jakarta), Seluarang, Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate, Ambon dan Banda. Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu agama Kristian-Katolik dan Protestant. Mereka mula
menggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Duarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker, dan lain-lain. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah Elkitab, ija itoe sega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh Leydekker pada tahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar kata bahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-Melayu atau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayu atau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, de Houtmann atau yang lain-lain termasuk Valentijn.

Walaupun demikian pengaruh kolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Buktinya ialah orang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis tulisannya. Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayu masih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Barat terpaksa menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekker yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun 1731-1732, terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini kerana tulisan ruminya tiada sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikan pun tidak dibaca oleh orang Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19 para pengembang agama Kristian terpaksa menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti pada majalah­-majalah Bustan Arifin Cermin Mata dan Taman Pungutauan.

Dari segi hasil karya tulisan memang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu, namun hanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.

Begitu juga orang Barat banyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di atas, namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan dan tidak dapat
menghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga zaman bagi bahasa Melayu -zaman
prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.

Zaman bahasa Melayu klasik ini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza dengan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:

a. Penggunaan tulisan Jawi lebih menonjol daripada tulisan-­tulisan yang lain.

b. Kata-kata pinjaman Arab dan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk istilah-istilah agama, dan pemerintahan.

c. Fonem-fonem Arab mula masuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.

d. Ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu.

e. Pengaruh agama Islam semakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh agama-agama Hindu dan Buddha di kalangan orang Melayu.

f. Wujudnya sistem pemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu.

g. Belum terbukti adanya tulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama Kristian yang dibawa oleh orang-orang kolonial Barat.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Zaman bahasa Melayu pramoden ini wujud dalam abad ke-19M. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun Barat dan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu tetapi
bahasa Melayu itu sendiri – dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan dan lain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.

Namun pada zaman ini alat percetakan sudah mula diperkenalkan (1806), sekolah Melayu mula dibuka (1821), majalah dalam bahasa Melayu mula diterbitkan (1821), suratkhabar Melayu mula dicetak dan diedarkan (1856), pengajaran bahasa Melayu secara formal diperkenalkan (1821),
persatuan bahasa Melayu mula ditubuhkan (1888), pemerintahan cara Barat mula diterima pakai oleh orang Melayu terutama di negeri Johor (1885), gaya bahasa laporan diketengahkan seperti dalam karangan Abdullah Munsyi dan buku-buku untuk bacaan sekolah mula dikarang sebagaimana yang dilakukan oleh Syed Mahmud bin Syed Abd. Kadir (1890-an), perlembagaan negeri Melayu yang moden mula digubal (1895), istilah-istilah pemerintahan Inggeris diberi padanan Melayunya (1888) dan beberapa unsur baru yang lain termasuk penulisan tatabahasa Melayu dan kamus Melayu oleh orang-orang Melayu sendiri.

Itulah unsur-unsur baru daripada tamadun dan budaya Barat yang meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayu. Namun demikian tidak semua yang baru itu dari Barat atau kolonial Barat kerana ada juga unsur-unsur itu datangnya melalui Asia Barat seperti pendapat-pendapat daripada para
ulama’ kaum muda seperti Syeikh Ahmad Rhatib dan Syeikh Tahir Jalaluddin, dan pada ketika itu juga tidak semua daerah alam Melayu dikuasai Barat atau dijadikan koloni oleh orang Barat. Contohnya Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu baru ditakluki Inggeris pada tahun 1909, dan Johor baru menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914. Jadi dengan itu tidak benar sama sekali dan tidak tepat sama sekali untuk menonjolkan “kolonial”-nya. Paling tinggi yang kita boleh katakan ialah wujudnya pengaruh tamadun Barat sahaja.

Daripada keterangan dan bukti di atas menunjukkan wujudnya pengaruh Barat atau kolonial baru jelas, dalam zaman bahasa Melayu pramoden tetapi unsur-unsur lama masih tetap ada terutama dari segi gaya bahasa, pemiihan kata, terbatasnya kata-kata pinjaman daripada bahasa Barat, tulisan Jawi tetap menjadi tulisan bagi orang Melayu dan tulisan Rumi masih asing bagi orang Melayu, demikian juga agama Kristian yang gencar disogokkan kepada orang Melayu masih belum dapat menerobosi benteng Islam-Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Apabila menginjak abad ke-20 banyak perubahan berlaka. Negeri-­negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk ke bawah kolonial Barat — Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula dicengkam oleh penjajah Inggeris, kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Demikian juga negeri-negeri Melayu yang lain di Indonesia. Pengaruh budaya dan tamadun Barat terus mengental. Akhirnya dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berdiri tegak di alam Melayu.

Bahasa Melayu jatuh menjadi bahasa vernakular, demikian juga bahasa-bahasa peribumi yang lain. Pendidikan Barat dikembangkan, sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-­sekolah Kristian didirikan di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh ceruk rantau tanah jajahan bagi mengkonsolidasikan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan. Namun sinar-sinar untuk kemajuan mengerlip dari Timur ketika Jepun mengalahkan Rusia (1905), pandangan-pandangan Islam moden yang dicetuskan al-Afghani dan Abduh dan Asia Barat meresap ke dalam pemikiran sebahagian orang-orang Melayu yang berjiwa merdeka.

Dengan mengsintesiskan fikiran-fikiran dan pengaruh Barat dan Timur yang meresap ke dalam bahasa Melayu maka bahasa Melayu mula menapaki jalan kemajuan.

Pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya, iaitu ejaan van Ophuijsen. Kemudian kerajaan
Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya — Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur, pada tahun 1908 yang diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Pada tahun 1928 diadakan Kongres Pemuda Indonesia II, dan dalam kongres ini diputuskan nama bahasa Melayu ditukar kepada BAHASA INDONESIA. Ini termaktub dalam Soempah Pemoeda yang diadakan pada akhir Kongres Pemuda tersebut. Sejak itu bahasa Indonesia menjadi bahasa persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Pada tahun 1945 ia dinobatkan sebagai bahasa negara Indonesia -sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasini.

Bagi meningkatkan citra bahasa ini Kongres Bahasa Indonesia telah diadakan. Mula-mula diadakan di Solo (1938), kemudian di Medan (1954) dan selepas itu di Jakarta. Kemudian bagi memantapkan
korpus bahasanya, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah didirikan, bermula dari Instituut voor Taal en Cultuur Onderzoek (ITCO) pada 1947. Tetapi ia ditukar namanya beberapa kali seperti Lembaga Bahasa dan Budaya, Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan, Direktorat Bahasa dan Kesusasteraan, Lembaga Bahasa Nasional, dan akhir sekali Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

Dalam menapaki liku-liku perjalanan sejarahnya beberapa angkatan penulis telah lahir seperti Angkatan Balai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Angkatan`45, Angkatan `66, dan Angkatan `98.

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al­Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC – Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922 – 1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942 – 1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945 – 1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950 — 1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957 —
1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak – berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan
Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-­persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur sekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya — Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963)dan Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi cikal bakal sekolah menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa, kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi puncak dasar pelajaran kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa banyak penyata, akta, dan penggubalan
perlembagaan negara yang diluluskan seperti Penyata Datuk Abdul Razak Hussein (1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinans Pelajaran (1957), Perlembagaan-­perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan
1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti — Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi
keperluan hidup manusia Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku iliniah banyak diterbitkan termasuk untuk teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua
peringkat perkhidmatau awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengah serta pengajian tinggi.

Daripada segala kenyataan yang terpapar di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu moden mempunyai ciri yang moden seperti kemampuan bahasa Melayu untuk digunakan dalam bidang ilmu yang tinggi dan mendalam, bukan sahaja dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang sains dan teknologi. Dengan kata lain ia mempunyai kudrat dan kekuatan untuk membahas ilmu-ilmu moden dan bagi menupang budaya dan tamadun dunia moden yang tinggi. ini semua merupakan hasil daripada usaha perancangan bahasa Melayu yang dibuat secara individu atau kelompok dalam mengemaskinikan tatabahasa Melayu dan membakukannya, menambah kosa kata ilmiah dengan menggubal istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu menjadi perkasa.

Kesimpulan

Daripada apa yang telah diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasa Melayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atau sumber seperti bahasa Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, atau bahasa Melayu zaman pra-Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam. Jika dibuat deinikian akan memojokkan pengaruh­pengaruh yang lain. Jadi pembahagian zaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial,
zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah.

———————————
Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul bahasa Melayu perlulah dihubungkaitkan dengan asal usul bangsa Melayu. Bangsa Melayu iaitu penutur asli bahasa Melayu, tetapi asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang-orang Melayu dapat diketahui secara kasar melalui beberapa kajian.

Terdapat dua teori yang mengatakan bahawa asal usul penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari utara Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia . Mereka datang dari daerah Yunan dan menduduki wilayah Asia Tenggara sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu golongan pertama
yang dikenali Melayu Proto. Kemudian pada tahun 1500 sebelum Masihi golongan kedua yang disebut Melayu Deutro yang telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.

Masyarakat Austronesia telah berkembang luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Mereka juga telah memperkembangkan tiap-tiap bahasa ke daerah masing-masing. Walaupun penggunaan bahasa-bahasa itu berlainan tetapi ada persamaannya..

Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa
besar yang bernama – bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina.

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat, iaitu

1.Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara
2.Bahasa-bahasa Polenesia, antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
3.Bahasa-bahasa Melenesia, antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Iran.
4.Bahasa-bahasa Mikronesia, antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Mashall, Carolina dan Gilbert.

Rumusannya dapatlah dikategorikan bahawa bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200-300 bahasa. Bahasa-bahasa ini pula dibahagikan kepada golongan tertentu, seperti yang berikut:

1.Golongan Filipina: antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau dan Tombulu.

2.Golongan Sumatera: antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing, dan sebagainya), minangkabau,Melayu, Nias, Lampung, dan orang laut.

3.Golongan Jawa: iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.

4.Golongan Kalimantan: antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.

5.Golongan Bali-Sasak: iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.

6.Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.

7.Golongan Tomini: antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.

8.Golongan Toraja: antaranya Kaili, Bare’e, dan Wotu.

9.Golongan Loinang: antaranya Loinang dan Banggai.

10.Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.

11.Golongan Sulawesi Selatan: antaranya Makasar, Bugis, dan Seko.

12.Golongan Muna-Butung: antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.

13.Golongan Bima-Sumba: antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro’e, dan Kupang.

14.Golongan Ambon-Timur: antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar

15.Golongan Sula-Bacon: antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.

16.Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: antaranya Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.

Kajian

1.R.H.Geldern, seorang ahli prasejarah dari Wien, Austria membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.

2.J.H.C.Kern (1889), seorang ahli bahasa Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Astronesia yang lain. Beliau mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan dan ubi. Perkataan-perkataan ini telah digunakan di pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik. Rumusannya bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia.

3.William Marsden (1843), dalam kajiannya mendapati bahasa Melayu termasuk ke dalam rumpun bahasa Nusantara. Ia serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia. Penyebaran bahasa Austronesia berlaku di bahagian pesisir
pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara) dan tidak termasuk ke wilayah Asia Tengah.

4.E. Aymonier dan A. Cabaton, mendapati bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia.

5.Hamy, berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa adalah warisan bahasa benua.

6.W. Humbolt, pula berpendapat bahasa Melayu terutamanya bahasa Jawa banyak menggunakan bahasa Sanskrit.

7.J.Reinhold Foster (1880), mendapati pembentukan kata bahasa Melayu dan bahasa Polinesia ada persamaan . Kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa Melayu Polinesia Purba. Bahasa Melayu dan bahasa Campa di Kempucea menunjukkan bahasa-bahasa ini berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Bahasa-bahasa Asia Tengah berasal dari keluarga Cina-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu dan Myanmar
(Burma). Manakala bahasa-bahasa di Asia Selatan ialah dari keluarga bahasa-bahasa Dravidia, iaitu Telugu, Tamil, Malayalam dan lain-lain.

8.A.H. Keane, berpendapat struktur bahasa Melayu serupa dengan struktur bahasa yang terdapat di Kampucea.

9.J.R.Logan (1848), kajian berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati adat resam kaum Melayu ada persamaan dengan adat resam suku Naga di Assam (di Burma). Oleh itu bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah iaitu Yunan.

10.G.K. Nieman dan R.M.Clark, berpendapat dataran Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

11.Slamet Muljana (1964) dari Indonesia dan Prof. Dr.Asmah Hj. Omar dari Malaysia menyokong pendapat G.K.Nieman dan R.M.Clark. Slamet Muljana berpendapat bahawa bahasa Austronesia termasuklah bahasa Melayu, berasal dari Asia.

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar membuat rumusan bahawa perpindahan orang Melayu dari dataran Asia ke Nusantara adalah berperingkat-peringkat dan dari pelbagai haluan.

A.Melalui daratan ke Tanah Semenanjung

B.Melalui Lautan Hindi ke Tanah Semenanjung

C.Melalui Lautan Cina ke Tanah Semenanjung

Beliau menolak pendapat yang menyatakan pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Beliau mengatakan, anggapan bahawa bahasa Melayu moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang mengelirukan. Perhubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba adalah berdasarkan skema bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk dan bahasa Melayu Kuno berasal daripada bahasa Melayu Purba.

Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada Dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek-dialek lain (Da, Db dan Dn) kerana dialek-dialek yang lain adalah berasal daripada bahasa Melayu Induk manakala Dialek Johor-Riau berasal daripada bahasa Melayu Klasik.

12.J. Crawford (1848), yang membuat kajian perbandingan bahasa di Sumatera, Jawa, Kalimantan dan kawasan Polinesia. Bahasa yang tersebar di Nusantara berasal daripada pulau Jawa (bahasa Jawa) dan pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah induk
bahasa-bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. Beliau menambah hujahnya bahawa bahasa Melayu dan bahasa Jawa mencapai taraf kebudayaan yang tinggi di dalam abad ke-19. Rumusan beliau adalah orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi mereka induk yang menyebar ke tempat-tempat lain.Bahasa Jawa adalah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain.

13.Sutan Takdir Alisjahbana (1987), mengatakan bahasa bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, (Thailand Selatan, Malaysia, singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina Selatan) ialah
bangsa Melayu yang berasal dari rumpun bangsa yang satu. Mereka mempunyai persamaan kulit dan bentuk serta anggota badan. Mereka berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

14.C.A.Mees menunjukkan bahawa bahasa Austronesia ini banyak persamaan. Kata-kata seperti mata, lima dan telinga sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. Sistem imbuhan dan susunan tatabahasa juga banyak persamaan. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya antara bahasa Perancis dan Jerman, Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia.

Melayu Proto

Orang Melayu yang berasal dari Asia Tengah yang berpindah ke kepulauan Melayu (Nusantara) pada tahun 2500 SM dalam perpindahan gelombang pertama. Di Semenanjung Tanah Melayu ada pendapat yang mengatakan telah ada penghuni yang dikenali sebagai orang Negrito sebelum kedatangan orang Melayu sejak 8000 SM . Mereka tinggal di dalam gua dan mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu . Zaman ini dikenali sebagai Zaman Batu
Pertengahan.

Sebagai contoh, Kedah pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menjadi nenek moyang orang-orang Negrito, Sakai, Jakun dan Senoi.
Peradapan orang Melayu Proto lebih maju daripada orang Negrito. Orang Melayu Proto pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barangan pecah belah dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Mereka ini hidup dalam Zaman Batu Neolitik atau Zaman batu Baru.

Apabila Melayu Deutro mendiami Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu Proto telah berpindah ke pendalaman, sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah.

Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu peringkat kedua dari daerah Yunan dalam tahun 1500 SM ke kepulauan Melayu (Nusantara). Mereka mempunyai peradapan yang tinggi daripada Melayu Proto. Melayu Deutro pandai dalam penggunaan logam. Mereka menggunakan alat perburuan dan pertanian yang dibuat daripada besi. Zaman mereka dikenali sebagai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menduduki hampir ke seluruh kepulauan Melayu. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagiannya mendirikan perkampungan berhampiran sungai dan lembah yang subur dan aktiviti mereka sebagai nelayan dan berburu binatang. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat dan mereka melantik seorang ketua sebagai pemerintah dan sekali gus menjadi
ketua agama. Agama yang dianuti ketika itu ialah animisme yang menyembah roh.

Perkataan Melayu

1. Ahli Pelayaran

Perkataan Melayu masih belum pasti asalnya dan bila digunakan. Walau bagaimanapun istilah ini timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina dalam tahun 644 dan 645 M. Di dalam tulisan Cina mengatakan seorang utusan dari kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada
raja Cina. Letaknya Kerajaan Mo-lo-yeu tidak dapat dipastikan dengan tegas ; ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera.

Keterangan daripada rahib Buddha, I Tsing yang singgah dan belajar agama Buddha di Seriwijaya sebelum ke Benggala, India untuk belajar di Universiti Nadala(675-685 M). Terdapat salah satu cacatannya ada perkataan ‘Melayu’ . Menurut cacatannya , dia menemui dua buah kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpusat di Sungai Batang dan Seriwijaya berhampiran Palembang.

2. Buku

Dalam buku Ta Dang Si Yi Fia Kao Cheng Zhuan terdapat perkataan Mo Lou Yu, sama seperti buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan. Manakala buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu dan buku Tong Nan Ya Lein Gua Zhi (negeri-negeri di Asia Tenggara) mengatakan orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu mendapat nama daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi ada yang menyebut sebagai Ma Li Yi Er, Lai Yu dan Ma La Yu.

Perkataan Malayu tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang dijumpai di Padang Recore di Sungai Batanghari , Sumatera Selatan bertarikh 1286 M.

Dalam buku Sejarah Melayu pula dikaitkan dengan Sungai Melayu, iaitu;

“Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andales (sekarang disebut Sumatera) Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Palembang itu, Pelembang yang ada sekarang inilah.Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai Melayu namanya.”

Mengikut Harun Aminurrashid bahawa bangsa yang bernama Melayu itu tinggal di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari (Jambi). Lima ratus tahun dahulu, di hulu Sungai Jambi terdapat sebuah kerajaan Melayu yang telah dikalahkan oleh kerajaan Seriwijaya pada abad ke-7 M. Walupun Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu tetap berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa Sanskrit yang menjadi bahasa rasmi kerajaan Seriwijaya.

3. Batu Bersurat

Batu bersurat Kartanegara yang dijumpai di Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, di temui perkataan “Malayapura” yang bermaksud Kerajaan Melayu.

Batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832M beberapa perkataan Melayu, tetapi sebenarnya batu bersurat Gandasuli menggunakan huruf Devanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara bagi menyebar agama Buddha.

Batu bersurat yang ditemui di Kedu, Jawa timur yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti tetapi bahasanya menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh bahasa Melayu.

Batu bersurat Kedukan Bukit , Palembang (683 M) menggunakan huruf Palava, tidak bermakna tidak ada tradisi tulisan sebelum ini. Sebelum orang India datang ke alam melayu, kawasan Nusantara sudah menggunakan tulisan Lontar di Sulawesi Selatan, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong di Sumatera Selatan. Tulisan Rencong digunakan untuk merakam cerita, pantun atau sejenisnya.

Tulisan Rencong adalah huruf asli bahasa Melayu. Ia ditulis di kulit kayu menyebabkan tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun tulisan Rencong boleh didapati di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London.

Tulisan Batak, tulisan Lontar dan tulisan Rencong bukan peniruan daripada huruf India sama ada
Brahmi, Palava, Devanagari atau huruf Sanskrit.

4. Rumusan

Bahasa Melayu tumbuh dan berkembang dari daerah Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Ini berdasarkan beberapa alasan, iaitu:

Bahasa Melayu tidak mungkin berasal daripada bahasa Jawa kerana kedua-dua bahasa itu berbeza. Bahasa Jawa mempunyai tingkat-tingkatpenggunaannya tetapi bahasa Melayu tidak. Huruf / tulisan Rencong (tulisan Jawi) ialah huruf Melayu yang lebih tua daripada tulisan Jawa Kuno.

Masyarakat yang menguasai kemahiran menulis adalah masyarakat yang tinggi peradapannya dan mempunyai sejarah yang berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu tua dan bahasa Batak berbeza dari aspek tulisan. Kerajaan Melayu pada ada waktu itu tidak mempunyai raja seperti raja Melayu di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja ialah ketua kampung dan kerajaan bermaksud kawasan kampung. Tentulah kawasan kampung kawasannya sangat luas dan beberapa kampung lain di sekitarnya.

Batu bersurat Kedudukan Bukit di Palembang yang menggunakan bahasa Melayu tetapi masih belum banyak dikaji lagi. Juga belum ditemui huruf Melayu Kuno yang ditemui selain daripada huruf Rencong Di daerah Sumatera Selatan, huruf Rencong ini digunakan hingga abad ke-18.

Bahasa Minangkabau ialah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu telah digunakan sejak dahulu kala di daerah Jambi berdekatan dengan daerah Minangkabau, Bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak, namun secara umum bahasa-bahasa itu dalam rumpun bahasa Austronesia atau bahasa Nusantara.

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

*Swasti Shri
*Shakawarsatita 605 ekadashi
*Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta
*Hiyang naik disambau mengalap siddhayatra
*Di Saptami Shuklapaksa Wulan
*Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan (Tamvar?)
*mamawa jang bala dua laksa
*dangan…dua ratus
*tsyara disambau dangan jalan
*Saribu tlu ratus sapuloh
*dua banyaknya. Datang
*di Matajap (Mataya?)
*sukhatshitta.
*Di pantshami shuklapaksa Wulan
*….laghu mudik datang
*marwuat manua…..Syiriwijaya
*jayasiddhayatra subhiksa.

Tanda…….menunjukkan bahagian yang tidak boleh dibaca. Perkataan-perkataan yang dalam kurungan dan tanda tanya merupakan nama tempat yang sama. Batu bersurat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut;

*Selamat dan bahagia!
*Dalam syaka 605, pada sebelas
*hari bulan terang dari bulan
*Waisyakha Baginda naik kapal
*mencari untungnya
*Pada tujuh hari bulan terang dari bulan
*Jyestha Baginda berangkat
*dari muara Tamvan (Tamvar)
*membawa bala dua laksa dengan
*….dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
*tiga ratus dua belas banyaknya
*Datang di Matajap (Mataya)
*sukacita
*Pada lima hari bulan terang dari
*bulan….balayar mudi, datang
*membuat benua…Sriwijaya
*kota yang jaya, yang bahagia,dan yang makmur.

http://ib.edu.my/bm_net/bahasa/asalusul.htm.

———————————
Zaman Hindu

Kerajaan Hindu telah wujud di kepulauan Melayu sejak abad pertama tahun Masihi. Pengaruh yang dibawa bersama ialah agama Hindu dan bahasa Sanskrit iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan. Penggunaan bahasa ini dan penyebaran agama Hindu agak meluas.Sebenarnya bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang membawa barang dagangan dari Eropah, Asia Tengah dan pengembara-pengembara dari India dan Cina.

Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman.

Pada abad pertama barulah pedagang-pedagang India belayar ke Cina. Para pedagang Cina pula belayar ke barat menuju ke India. Selat Melaka telah menjadi laluan dan persinggahan dan menjadi pusat perdagangan antara India dan Cina. Pada masa yang sama para penyebar agama Hindu terutamanya dari India yang datang ke kepulauan Melayu telah menyebarkan agama Hindu.

Kedatangan para pedagang dan mubaligh Hindu menyebabkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Pada zaman ini bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu
Purba menjada bahasa Melayu Kuno. Mengikut Prof. Ismail Hussein (1966: 10-11), ‘melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusi yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak
rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi.’

Zaman Kerajaan Sriwijaya

Kerajaan Sriwijaya didirikan pada pertengahan abad ke-7 dan berpusat di Palembang. Semasa kerajaan ini terdapat beberapa batu bersurat yang ditulis dalam bahsa Melayu kuno. yang paling penting ialah:

Batu bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 M di Palembang. Tulisan menggunakan huruf Palava iaitu tulisan purba dari India Selatan. Batu bersurat Talang Tuwo di palembang pada tahun 684 M(606 Tahun Saka. Ia dijumpai oleh Residen Westtenenk, pada 17 November 1920 di Talang Tuwo, di sebelah barat daya bukit Siguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer dari Palembang.
Batu bersurat Kota kapur, di Pulau Bangka bertarikh 686 M ( 608 Tahun Saka) batu bersurat Karang Brahi di Meringin,daerah hulu Jambi tahun 686 M.

Pengaruh utama bahasa Sanskrit yang telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu ialah perbendaharaan kata dari aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh penduduk kepulauan Melayu, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan,
barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan,dan pelbagai lagi. Antara contoh:

nama tubuh badan .bahu, kepala, muka dan rupa

barang perdagangan .neraca, laba, kedai dan kodi

alat perkakas .bajan, pili, jala, penjara, dan sutera

ilmu pengetahuan .guru,pujangga, bahasa, sastera dan bijaksana

nama binatang .gajah, singa, serigala, angsa dan kuda.

tumbuh-tumbuhan .biji, cempaka, cendana, delima dan kasturi

senjata .cemati, sauka (cambuk), dan sena (tentera).

agama .dosa, surga (syurga), neraka,agama dan puasa.

Barang dagangan

Dari Sumatera, hasil yang paling utama yang dibeli ialah rempah-ratus. Rempah merupakan keperluan yang penting bagi orang-orang Arab di Saba (kerajaan Saba berdiri antara 950SM-115 SM). Pelabuhan di Sumatera mendapat bekalan dari Pulau Maluku dan Aceh..

Penggunaan kapur barus untuk mengawet mayat yang disimpan di dalam piramid pada
zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari satu tempat bernama Barus yang terletak di Pulau Sumatera.

Batu Bersurat Talang Tuwo

Bahasa Melayu dalam batu bersurat ini seperti yang berikut:

*Svasti. cri cakavarsatita 606 dim dvitinya cuklapaksa
*vulan caitra
*sana tatkalana parlak Criksetra ini
*niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayahaca (-ga) ini
*pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini
*nyiur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna
*tathapi haur vuluh pattung ityevamadi
*punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vault
ku sucarita paravia prayojanakan punyana sarvasatva sacaracara.
*varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai
*tmu muah ya ahara dngan air nimunumna
*savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara
*marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang
upasargga
*pidana svapnavighna
*varang vuatana kathamapi
*anukula yang graha naksatra pravis diya
*Nirvyadhi ajara kavuatanana
*tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya
*yang mitrana tuvi janan ya kata yang vivian mulang anukela bharyya
muah ya
*varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu
*ya kalyanamitra
*marvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya
*jangan marsarak dngan dang hayang ratnaraya
*tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvangun viryya rajin tahu
di samicrana cilpakala paravis
*sahitacinta
*tmu ya prajna smrti medavi
*punarapi dhairyyamani mahasattava vajracarira
*anubamacakti
*jaya tathapi jatismara
*avikalendriya
*mancak rupa
*subjaga hasin halap
*ade yavakya vrahmasvara
*jadi laki
*svayambutu
*puna (ra) pi tmu ya cintamanidhana tmu janmavacita
*karmmavacita clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.

bahasa Melayu Kuno yang terdapat dalam batu bersurat yang membawa erti:

Bahasa Melayu kuno Bahasa Melayu Moden
vulan .bulan
tatkalana .tatkalanya
niparvuat .diperbuat
nitanam .ditanam
nyiur .nyiur
hanau .enau
rumviya .rumbia
dngan .dengan
nimakan .dimakan
vuahna .buahnya
tathapi .tetapi
haur .aur
vuluh .buluh
pattung .betung
tlaga .telaga
punyana .punyanya
tmu .temu,bertemu
margga .marga
sukha .suka
niminumna .diminumnya
savanakna .sebanyaknya,sebanyak-banyaknya
vuatna .buatnya
manghidupi .menghidupi
prakata .perkara
varang .barang
vuatana .buatannya
marvangun .membangun

Batu bersurat Talang Tuwo setelah disalin kembali ke dalam bahasa Melayu Moden adalah seperti di bawah, walau bagaimanapun perkataan-perkatan Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan masih dikekalkan:

Bahagia ! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini pesan Dapunta Hyang; Semua yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buah betung dan yang semacam itu. Demikian pula tanam-tanam lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makluk, yang
bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semua yang dibuat: ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, seksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan
curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun dodhichinta dengan maitri, menjadi pertapa pada dayang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keulten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakla dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperolehi pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikamvajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita,
karmmawacita, akhirnya beliau mendapat auttarabisamyaksambodhi.

Dipetik dari karya Warga Relexjap